JellyPages.com

Thursday 1 November 2012

assignment 2


PENYATAAN MASALAH

1) Masalah sakit kepala dan migrain sering menjadi masalah yang mana sering menghantui masyarakat.
- Masalah sebegini, memerlukan suatu khidmat terapi atau urutan bagi meredakan sakit kepala tersebut.  Namun begitu, kekangan masa yang sering dialami oleh masyarakat kini bagi mendapatkan urutan profesional yang memerlukan masa yang agak lama telah membantutkan niat mereka untuk mendapatkan rawatan melalui urutan. Oleh itu, kami telah mencipta suatu produk bagi memudahkan masyarakat menggunakannya walaupun berada di mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa sahaja keranan ianya adalah sangat fleksibel dan mudah digunakan.

2) Masalah stress dan tekanan yang sering dialami pelajar dan pekerja umumnya.
- Tekanan dan stress merupakan salah satu faktor yang menyebabkan masalah pening kepala atau pun sakit kepala. Sakit kepala adalah suatu penyakit yang perlu diubati melalui terapi urutan. Oleh itu, suatu urutan yang fleksibel, mudah digunakan dan mudah dibawa telah dipromosikan bagi memudahkan masyarakat khususnya pelajar dan pekerja mendapatkan rawatan alternatif segera.

3) Pelajar dan pekerja yang sering mnengalami masalah kelesuan dan kdang kala mengakibatkan situasi mengantuk di dalam kelas dan di dalam pejabat semasa sesi pembelajaran dan sewaktu bekerja di pejabat.
- Masalah mengantuk juga boleh diatasi melalui urutan pada bahagian-bahagian tertentu bagi melancarkan peredaran darah dan oksigen dalam badan mereka agar masalah mengantuk dapat diatasi dengan segera.


SIFAT PERNIAGAAN ( BUSINESS NATURE )



Misi 

Pengurut kepala yang ingin diperkenalkan oleh syarikat kami merupakan sejenis pengurut kepala yang mampu menyegarkan mata dan melegakan kesakitan. Ia berbentuk seperti jejari dan mudah dibawa ke mana-mana disebabkan bentuknya yang kecil. Pengurut kepala ini turut membantu dalam peredaran darah yang lebih baik untuk kepala dan kulit kepala anda sekali gus memudahkan pertumbuhan rambut.



Objektif Jangka Pendek

Membantu masyarakat mendapatkan rawatan urutan alternatif segera walau di mana merke berada dan pada bila-bila masa sahaja.



Objektif Jangka Panjang

Agar syarikat kami Dapat menjadi pengeluar dan pengedar produk yang dapat membantu meringankan beban dan menyelesaikan masalah masyarakat dengan cara yang lebih efisyen dan mudah.



Struktur undang-undang

Pihak syarikat akan bekerjasama dengan kementerian kesihatan dan perdagangan Malaysia bagi mendapatkan kebenaran daripada mereka bagi meluluskan penggunaan produk pengurut kepala yang kami komersialkan ini agar ianya diisytiharkan selamat untuk digunakan oleh masyarakat daripada pelbagai golongan dan usia.



SASARAN PELANGGAN



Produk yang akan dipasarkan ini secara umumnya akan disasarkan kepada semua lapisan masyarakat di peringkat domestik dan global. Namun begitu, bagi mencapai sasaran yang di inginkan itu, syarikat telah mengenal pasti beberapa golongan utama ( possible target ) dan telah merangka beberapa pelan peringkat penjualan. Pada peringkat awal penjualan produk ini, syarikat akan mensasarkan terlebih dahulu kepada golongon mahasiswa. Hal ini kerana, para mahasiswa dirasakan mampu menggunakan produk ini dengan betul dan berkesan  dan mereka juga adalah golongan yang memerlukan bantuan terapi urutan ini bagi mengatasi masalah sakit kepala dan mengantuk mereka agar mereka lebih mudah untuk memberi perhatian kepada pembelajaran mereka.  Seterusnya, jika mendapat maklum balas yang memberangsangkan, produk ini akan dikembangkan pula kepada golongan para pekerja pejabat ( office workers ). setelah itu, syarikat akan meneliti terlebih dahulu sejauh mana keberkesanan produk tersebut dan sekiranya produk kami mendapat sambutan menggalakkan dan terbukti berkesan bagi mengatasi masalah yang dihadapi pengguna, barulah syarikat akan mensasarkan kepada semua golongan masyarakat di dalam negara dan luar negara.



kesimpulannya :


TARGET UNTUK KIT PENGURUT KEPALA


1) Pelajar.

Mengantuk amat sinonim dengan pelajar. Tidur di dalam kelas akan menyebabkan pelajar tersebut gagal untuk memberikan konsentrasi yang baik. Oleh itu, produk ini sedikit sebanyak dapat membantu para pelajar supaya tidak kelihatan lesu dan mengantuk dalam kelas. 
2) Guru / Pensyarah.
Rehat yang tidak cukup disebabkan bebanan dan tekanan di rumah dan sekolah/universiti mengakibatkan golongan pendidik juga mengalami masalah mengantuk. Dengan produk head massager ini dapat menyegarkan dan mengaktifkan semula para guru/pensyarah untk menjalankan tugasan pembelajaran dan pengajaran dengan semangat. 
3) Pekerja pejabat.
Pekerja pejabat juga tidak ketinggalan mengalami masalah yang sama. Mereka bekerja di dalam pejabat seharian dan tidak menggunakan tenaga mereka sepenuhnya menyebabkan mereka seringkali mengantuk. Produk ini sesuai untuk golongan yang bekerja di pejabat.



BUKTI ( BORANG SOAL SELIDIK )



Umur         :

Status        :
Jantina       :


1) Adakah anda sering mengalami masalah tekanan, stress, pening kepala, dan mengantuk ?

    Ya  (    )    Tidak  (    )


2) Adakah anda pernah mendapatkan sebarang terapi urutan tradisional atau urutan moden bagi mengatasi masalah kesihatan anda, contohnya masalah tekanan, stress, pening kepala dan mengantuk ?

   Ya  (    )    Tidak  (    )


3) Pada pandangan anda, terapi urutan hanya boleh dilakukan oleh orang-orang yang pakar dalam urutan sahaja.

 Ya  (    )    Tidak  (    )


4) Bagi mendapatkan sebarang rawatan atau terapi urutan, adakah anda mempunyai kekangan masa atau keadaan  tertentu yang mengakibatkan anda tidak mendapatkan rawatan tersebut ?

   Ya  (    )    Tidak  (    )

* Jika Ya, nyatakan : ______________________________________________________________


5) Pada pendapat anda, kos sesuatu terapi urutan adalah tidak penting, kerana apa yang lebih penting adalah keberkesanan terapi urutan tersebut bagi mengatasi masalah kesihatan anda. 

   Ya  (    )    Tidak  (    )


6) Produk seperti mesin urutan elektronik yang berada di pasaran pada masa kini sangat membantu anda bagi mendapatkan urutan dirumah dan ia dapat mengatasi masalah kesihatan anda walaupun mesin urutan tersebut agak mahal dan hanya boleh digunakan semasa berada di rumah sahaja ? 

   Ya  (    )    Tidak  (    )


7) Adakah anda memerlukan suatu produk yang mana anda boleh menggunakannya dengan selamat walau dimana sahaja anda berada dan pada bila-bila masa ?

   Ya  (    )    Tidak  (    )


8) Pada pendapat anda, kit  Pengurut Kepala yang mudah dibawa, fleksibel, dan mudah digunakan adalah perlu dicipta dan dikomersialkan bagi membantu orang ramai mengatasi masalah tekanan, stress, dan sakit kepala mereka.

   Ya  (    )    Tidak  (    )


9) Dengan adanya kit Pengurut Kepala, maka anda merasakan tiada kekangan bagi anda mendapatkan urutan dan terapi bagi mengatasi masalah tekanan, stress, dan sakit kepala yang sering dialami oleh kebanyakkan masyarakat pada masa kini.

   Ya  (    )    Tidak  (    )


10) Pada pandangan anda, adakah rasional jika penciptaan produk seperti kit Pengurut Kepala ini dikomersialkan pada masa kini?

   Ya  (    )    Tidak  (    )



* Terima kasih atas kesudian anda meluangkan masa membantu kami menjalankan kaji selidik ini.





Kami telah mengedarkan borang soal selidik ini kepada pelajar dan pekerja sekitar Universiti Malaya seramai 20 orang. Sebelum borang tersebut di isi, kami menerangkan kepada responden mengenai perancangan produk ciptaan kumpulan kami iaitu " Kit Pengurut Kepala ".




No comments:

Post a Comment