JellyPages.com

Tuesday 27 November 2012

hasil soal selidik

HASIL SOAL SELIDIK 

- Soal selidik yang dijalankan di dalam Universiti Malaya.
- Seramai 20 orang pelajar, staf dan pensyarah.
- Lingkungan umur antara 12 tahuin hingga 60 tahun





Sunday 25 November 2012

Details about APK group


ASAS PEMBUDAYAAN KEUSAHAWANAN
(GXEX 1412)
KUMPULAN 12 ( SYARIKAT INFINITY )

SENARAI NAMA AHLI
NO MATRIK
SADDAM KHAIRAT BIN SAHIRAN
IEL 110019
RUHAINA BINTI MAJID     
IEL 110018
SITI AISYAH BINTI SAMUDIN             
                        IEL 110020

ROSYAZILA IZWA BT MOHD SAFUAN        
IEL 110017
SITI FADHILLAH BINTI GHAZALI
IEL 110021
NUR THURAIYA YUMNI BINTI ALIAS
IEL 110016       
SITI FADHIYA BINTI ROZMAN  
IEL 110022 

PENSYARAH
Dr. Ahmad Zahiruddin bin Yahya

Thursday 15 November 2012

reflection 4

Reflection 4

SITI FADHIYA BINTI ROZMAN

Rasa kurang seronok dengan permainan agak bosan. Banyak ilmu yang dapat dipelajari.  Kelas lepas memberi ilmu untuk berfikir dengan lebih kritis & kreatif. Berfikir kehadapan tidak hanya menyelesaikan masalah semasa. Kene bijak untuk mengurus sesebuah organisasi ataupun syarikat. Penelitian amat penting. Untuk masa hadapan perlu lebih dinamik dalam menguruskan situasi.

NUR THURAIYA YUMNI ALIAS

Keterujaan menjalankan aktiviti. Apabila diberi pilihan antara manager, employees, banker dan costumer, saya lebih suka memilih untuk menjai employees. Kerana, disitu saya mendapat pengalaman untuk berhadapan dengan customer/ orang ramai. Skill untuk promote seperti communication skill, attraction skill amat penting. Pengalaman ini sedikit sebanyak membantu saya untuk berhadapan dengan orang lain kelak sekiranya saya terlibat secara langsung/ serius dalam bidang  perniagaan. 

RUHAINA BINTI MAJID

Saya berasa seronok dan dapat menimba pengalaman baru sebagai seorang usahawan.menjadi seorang usahawan berjaya bukanlah sesuatu yang mudah kerana ianya memerlukan semangat dan azam yang kuat selain berani menghadapi pelbagai cabaran dan jatuh gugur sesuatu perniagaan.

ROSYAZILLA IZWA BINTI MOHD SAFUAN

Sebagai usahawan, terdapat banyak cubaan dan dugaan yang perlu ditempuhi..pada masa akan datang, jika bergelar usahawan, saya mesti mempraktikkan segala apa yang telah saya pelajari agar ianya dapat membantu saya menjadi usahawan berjaya...Hubungan yang erat dengan pelanggan dan cara pergaulan sihat antara usahawan dengan supplier, customer, banker dan competitor adalah sangat memberansangkan dan menjadi inspirasi bagi saya untuk bekerja dengan lebih bersungguh-sungguh..





plan perniagaan

CUSTOMER SEGMENT


Produk yang akan dipasarkan ini secara umumnya akan disasarkan kepada semua lapisan masyarakat di peringkat domestik dan global. Namun begitu, bagi mencapai sasaran yang di inginkan itu, syarikat telah mengenal pasti beberapa golongan utama ( possible target ) dan telah merangka beberapa pelan peringkat penjualan. Pada peringkat awal penjualan produk ini, syarikat akan mensasarkan terlebih dahulu kepada golongon mahasiswa. Hal ini kerana, para mahasiswa dirasakan mampu menggunakan produk ini dengan betul dan berkesan dan mereka juga adalah golongan yang memerlukan bantuan terapi urutan ini bagi mengatasi masalah sakit kepala dan mengantuk mereka agar mereka lebih mudah untuk memberi perhatian kepada pembelajaran mereka.


Seterusnya, jika mendapat maklum balas yang memberangsangkan, produk ini akan dikembangkan pula kepada golongan para pekerja pejabat ( office workers ). setelah itu, syarikat akan meneliti terlebih dahulu sejauh mana keberkesanan produk tersebut dan sekiranya produk kami mendapat sambutan menggalakkan dan terbukti berkesan bagi mengatasi masalah yang dihadapi pengguna, barulah syarikat akan mensasarkan kepada semua golongan masyarakat di dalam negara dan luar negara.



Produk ini juga sesuai kepada semua peringkat umur. Namun target utama kami ialah golongan emas yang berumur 50-70, golongan pertengahan 30-50 dan golongan muda yang berumur 18-30.




VALUE PREPOSITION



1)  Kualiti Kit Pengurut Kepala ini mendapat pengiktirafan daripada  Institut Standard dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM). 

2)  Kit pengurut kepala ini juga dipasarkan secara online.
3)  keistimewaannya yang tersendiri di mana ianya bersifat mesra alam. Ianya membantu penjimatan tenaga elektrik, sekaligus ianya dapat mengurangkan risiko pemanasan global.
4)  mudah dibawa ke mana sahaja.



BUSINESS CHANNEL




  • online
  • news
  • website
  • blogspot
  • advertising
  • radio
  • television
  • newspaper
  • magazine



CUSTOMER RELATIONSHIP



  1. Bagi pelanggan yang menjadi  ahli bagi produk kit pengurut kepala ini, ganjaran akan diberikan mengikut kategori iaitu Privilage, Platinum, Gold dan Mesra. 
  2. Dapat mengikuti seminar kesihatan secara percuma yang dianjurkan oleh Kementerian Kesihatan.
  3. Mendapat ganjaran dan hadiah-hadiah tertentu daripada produk kami pada hari jadi berdasarkan terma dan syarat-syarat tertentu.
  4. Bagi yang membeli produk kami pada kali pertama, akan diberikan tutorial khusus mengenai penggunaan produk dan diberikan khidmat nasihat kesihatan percuma.

KEY PARTNERS


1-suppliers   - logam
2-investor    - manyalurkan dana untuk syarikat
3-bank       -money
4-dealer      -melariskan barang, juga dalam ketagori staff
5-advertiser  -mengiklankan produk kita
6-staffing agency       -salur pekerja
7-kementerian kesihatan -iktiraf produk
8-kementerian pembangunan & penyelidikan - cop SIRIM


RESOURCES FROM KEY PARTNERS

-kedai logam- untuk design alat dan supply logam
-pekerja    - untuk buat produk
-banker     - money
-pengiklan  - produk kita dikenali
-kementerian- pengiktirafan produk dan jaminan kualiti keselamatan produk


ACTIVITIES

Syarikat Infinity kini memperkenalkan ‘Kit Pengurut Kepala’ yang  berfungsi untuk melancarkan peredaran darah ke kepala. . Hal ini kerana sakit kepala adalah suatu penyakit yang perlu diubati melalui terapi urutan. Oleh itu, suatu alat urutan yang fleksibel, mudah digunakan dan mudah dibawa telah dipromosikan bagi memudahkan masyarakat khususnya pelajar dan pekerja mendapatkan rawatan alternatif segera, selamat dan berkesan.Produk kami merupakan salah satu produk kesihatan alternatif yang bakal membantu masyarakat berkenaan masalah kesihatan mereka.


REVENUE STREAMS

Oleh kerana perniagaan kami adalah sesuai bagi semua golongan masyarakat, maka adalah menjadi keutamaan kami bagi mempromosikan dan menjual produk kami dengan harga yang berpatutan sesuai dengan keberkesanannya. Setiap pelanggan-pelanggan kami akan dilayan dengan penuh dedikasi dan setiap pembelian mereka akan diuruskan secara berhemah. Pelanggan kami boleh membeli produk kami secara online dan membuat pembayaran melalui online banking, membeli sacara direct selling dan secara cash melalui pengedar yang berdaftar, serta mereka juga boleh membeli secara pukal dan membayar melalui cek atas nama syarikat kami. Dan setiap pembelian akan disertakan dengan resit sebagai bukti pembelian.Maka dengan ini, segala urusan akan menjadi lebih mudah dan pelanggan juga akan turut berpuas hati.

Aliran pendapatan yang kami bakal perolehi adalah daripada :

  1. Pendaftaran sebagai ahli kad Privilege, Platinum, Gold dan kad Mesra, syarikat INFINITY.
  2. Jualan produk KIT PENGURUT KEPALA.
  3. Pendaftaran untuk mengikuti seminar kesihatan.
  4. Pembelian produk secara pukal dan secara kontrak berterusan oleh Pusat Urut yang menggunakan produk kami sebagai alatan terapi mereka.


COST STRUCTURE
( BAGI JUALAN 100 PRODUK SEBULAN )

Fixed Costs    : Sewa tapak dan kemudahan   (RM500)
                 Gaji pekerja               (RM600)


Variable Costs:  Bil air dan elektrik       (RM200)

                 Kos bahan mentah           (RM500)

                Hasil pendapatan           (RM3000)

                Untung Bersih              (RM1200)






Wednesday 14 November 2012

reflection 3

AKTIVITI : PERANAN SEBAGAI BANKER, CUTOMER, EMPLOYEE, EMPLOYER DAN SUPPLIER.......
RUHAINA BINTI MAJID


- Hari ini sy berperanan sbg banker yg membantu menguruskan mengenai urusan bayaran rental dan utility di bank-bank oleh pihak usahawan......selain itu, sy jga mengawal kemasukan wang oleh supplier pada setiap kali selesai urus niaga mereka.....kerja dan peranan sbg juru bank tidaklah semudah yang disangka kerana terdapat pelbagai ragam manusia yg kt jumpa sewaktu berurusan dengan mereka...selain itu, terdapat juga klien yg byk bertanya dan ini memerlukan kt byk pengetahuan dan info mengenai urusan perbankan ini...




SITI AISYAH BINTI SAMUDIN




 - reflections minggu 8 (aisyah)Pada minggu kelapan kami telah mempraktikkan watak-watak di alam pekerjaan. Saya berperanan sebagai seorang supplier. Positifnya, saya dapat melihat gambaran awal mengenai alam pekerjaan kelak iaitu Tentang bagaimana peranan seorang supplier, pekerja, usahawan dan kerenah pelanggan yang bermacam ragam. Ia mungkin tidak sepenuhnya sama kerana keadaan agak kelam kabut dan tidak teratur, tetapi saya masih boleh mengambil sedikit pengetahuan dalam aplikasi pada aktiviti dalam kuliah ini.




SITI FADHILLAH BINTI GHAZALI



customer are always right.....HAHAHA.... saya hari ini menjadi customer dan agak pening kerana terdapat pelbagai pilihan syarikat yang menawarkan pelbagai juadah...namun, kebijaksanaan pembeli adalah keutamaan...jimatlah dalam berbelanja dan simpanlah wang di bank untuk kegunaan masa hadapan......



ROSYAZILLA IZWA BINTI MOHD SAFUAN



Peranan saya pada hari ini adalah sebagai employee dan ini adalah kerja yang amat memenatkan....berjual beli, berurusan di bank, melayan pelanggan yang berbagai ragam, dan yang paling menarik ketika mempromosikan barangan syarikat kami.....terdapat banyak syarikat yang perlu disaingi dan saya berusaha gigih dan akhirnya mendapat ramai pelanggan..terima kasih customer semua.......kerja sebagai pekerja amatlah mencabar dan hanya seseorang yang boleh memikul tanggungjawab dan sudi ditegur dan dimarahi bos sahaja yang mampu bertahan.....kesabaran itu penting....



SITI FADHIYA BINTI ROZMAN


Saya sebagai employer, saya dpt mngetahui betapa perlunya pengurusan yang sistematik dalam satu2 organisasi bg melahirkan satu produk/perkhidmatan yang berkualiti. harus berani hadapi sebarang perubahan,cabaran,kritikan, tohmahan, serta bijak menangani masalah serta berani ambil risiko....


NURTHURAIYA YUMNI BINTI ALIAS



saya yang memegang watak sebagai customer dan disebabkan sikap saya yang terlalu boros, saya telah kehabisan wang dan terpaksa mengeluarkan wang di bank. sikap boros adalah suatu sikap yang tidak harus diamalkan kerana sepatutnya saya sebagai pembeli harus menitikberatkan perihal kewangan saya dan berjimat untuk masa depan....selain itu, sebagai customer juga, sebelum membeli produk atau keperluan yang diingini kita juga perlumenitikberatkan pro dan contra setiap barangan yg hendak dibeli kerana setiap syarikat mempunyai kualiti produk yg berbeza.
















Saturday 3 November 2012

izwa

fadhila

thuraiya yumni

saddam

ruhil

fadhiya

aisyah


Thursday 1 November 2012

reflection 2


AKTIVITI DEBAT ANTARA SHARE HOLDERS DAN PIHAK-PIHAK YANG TERLIBAT DENGAN PERNIAGAAN

nur thuraiya yumni alias_

excited berada dalam kelas apk...
Berdasarkan apa yang dipelajari, saya mendapati bahawa dalam kehidupan kita akan sentiasa berlaku masalah, sama ada dalam pekerjaan, pelajaran dan sebagainya. Oleh itu, setiap masalah yang timbul perlu diselesaikan dengan cara yang efektif. Bukannya dengan menyalahkan pihak yang lain.
Tuntasnya, dalam kehidupan kita, sama ada sebagai pelajar mahupun pekerja, inisiatif yang terbaik perlu diambil untuk menyelesaikan sesuatu masalah yang timbul. Rememeber, don't blame others!!!



SITI FADHIYA BT ROZMAN

apa yang saya belajar?
saya dapat mengetahui betapa perlunya pengurusan yang sistematik dalam satu2 organisasi bg melahirkan satu produk/perkhidmatan yang berkualiti. harus berani hadapi sebarang perubahan, cabaran, kritikan, tohmahan, serta bijak menangani masalah serta berani ambil risiko...

saya rasa?
memberi ilmu kepada saya apa yang perlu ada dalam diri usahawan untuk menjadi usahawan yang berjaya.
keyakinan diri adalah perkara yang amat penting.

bagaimana nak aplikasikannya?
bermula dengan merancang sesuatu benda yang hendak dilakukan dalam kehidupan...jika ditakdirkan sy menjadi usahawan, perancangan adalah perkara utama.

Ruhaina Binti Majid

Aktiviti hari ini sgt seronok kerana disini kita boleh melihat dimana tanggungjawab setiap individu dlm menjalankan tugas...segelintir individu hanya mencari kelemahan dan kesalahan individu yang lain tanpa melihat kesalahan dan kecuaian dirinya semasa menjalankan tugas. Menyalahkan org lain hanya membazir waktu dan adalah lebih baik jika kita duduk semeja dan berbincang bagi mengatasi masalah yang berlaku...



Siti Aisyah Binti Samudin


how do i feel?- saya merasakan bahawa setiap bidang pekerjaan adalah berkaitan dengan keusahawanan. Yang membezakan adalah diri kita sendiri; sama ada untuk sentiasa menerima arahan atau memberi arahan.

what have i learnt- apabila berlaku suatu permasalahan perkara utama yang perlu dilakukan ialah berlapang dada dan kesediaan untuk duduk semeja dan berbincang. Bukan menuding jari mencari kesalahan orang lain.
when and where i want to apply- saya perlu mengaplikasikan teknik-teknik bertolak ansur, berdiplomasi dan mengakui kesalahan jika benar-benar bersalah bermula pada saat ini. Kerana teknik-teknik ini merupakan suatu kemahiran yang perlu diasuh dari sekarang, bahkan ia tidak akan dengan mudahnya muncul apabila kita bekerja kelak. Oleh sebab itu, segala kemahiran tambahan ini perlu dipupuk sekarang.

Siti Fadhillah binti Gahazali


Sronoknya hari ini sebab dapat melihat aktiviti yang sangat aktif dlm klgn pljr....aktiviti ini memberi kesedaran kepada saya agar sentiasa mencari penyelesaian kepada masalah yang ada dan bukan menuding jari kepada sesiapa untuk menyalahkan orang tersebut terhadap apa yang telah berlaku.....Kerjasama dalam sebuah organisasi adalah penting.....


Rosyazilla Izwa binti Mohd Safuan


Hari ini saya memegang watak sebagai pekerja dimana pihak atasan sering menyalahkan pekerja atas apa yang telah berlaku. Ini memberikan saya satu pengalaman sebelum saya memulakan alam pekerjaan sy pada masa akan datang jika terdapat perkara sebegini terjadi, maka jalan penyelesaian terbaik ialah berbincang.....


Saddam kHairat bin Sahiran


Pada hari ini saya menjadi pengeluar modal dan memegang watak tersebut sesuai dengan panggilannya...sebarang masalah yang terjadi, pengeluar modal hanya akan menyalahkan org lain krn mereka kebanyakkannya tidak mengurus perniagaan tetapi hanya mengeluarkan modal dan memastikn bhw mereka akan untung pada kemudian hari...sikap seperti ini adalah tidak baik kerana kita mestilah bekerjasama....






REFLECTION 1

RUHAINA BINTI MAJID
mmm....wat did i wana say haaa...mmm????? glad to attend dis coure.....but, i dun really love having classon friday...huhu....other than dat, its ol ok n enjoy 4 me.....fuhhh....wat a release dat i dun need to juz attend d klass n juz listen to lecture n write notes....now since the klass only delivered in workshop, i really enjoyed it....heeee........i'll continue my story later on k.....chill babe....C  u ol again next week....

  • How do I feel ? - Saya merasakan bahawa adalah perlu bagi seorang mahasiswa mempelajari selok belok perniagan selain mempelajari kursus-kursus khusus mereka.
  • What I Have Learn ?-  Setelah menyenaraikan kelemahan dan cara mengatasi kelemahan saya, saya merasakan bahawa terdapat peluang dimana saya boleh memperbaiki diri untuk bergerak lebih maju kehadapan.
  • Where and When can I Apply? - Saya boleh belajar bekerja dalam kumpulan selain mempelajari rancangan perniagaan untuk kegunaan pada masa. Aktiviti dalam kumpulan mengajar saya agar lebih mengenali rakan dan bekerjasama.


SITI AISYAH BINTI SAMUDIN
  • How do I Feel? - saya berpendapat, adalah sangat penting untuk memiliki serta mengasah kebolehan yang ada dalam diri masing-masing.

  • What have I Learnt? - Selepas mendengar penerangan dan menjalankan beberapa aktiviti berkumpulan yang dikendalikan oleh Miss Elaine, saya mampu menyenaraikan beberapa kelemahan yang tersembunyi serta belajar kaedah-kaedah untuk mengatasinya. 

  • Where and When can I Apply? -  saya boleh mengaplikasikan apa yang dipelajari sewaktu menjalankan aktiviti persatuan dan setelah berada di alam kerjaya kelak.

Rosyazila Izwa Binti Mohd Safuan
  • how do i feel?- bukan senang nk capai apa yang kita inginkan dalam hidup..
  •  what have i learnt?-  saya belajar macam mana nak mengatasi masalah dan bijak mengatur masa dan diri..
  • when and where i want to apply?- sudah tentu bila dah menginjak alam pekerjaan..


 Siti Fadhilah Binti Ghazali
  •  how do i feel?- saya dapat mengenalpasti impian dan cita2 saya dengan jelas..saya juga mempelajari bagaimana untuk menyelesaikan sesuatu masalah dengan baik.
  •   what have i learnt?- matlamat yang jelas merangsang saya untuk berusaha dengan bersungguh-sungguh dan bersemangat untuk mencapai impian. pendekatan yang berbeza membuatkan saya lebih fokus dalam kelas. 

  • when and where i want to apply?-bila masalah datang, sya akan tenangkan diri terlebih dahulu. cuba utk positifkn diri dan mencari jalan penyelesaian sebaik mungkin. Jika perlu, saya akan bertanya kepada org yg lebih tua@ berpengalaman..meminta pandangan mereka.



Saddam Khairat Bin Sahiran
  • apa yang saya rasa? well, before the class, saya ingatkan kelas akan berjalan seperti biasa, i mean there will be a slide show, take a note or something like that and we just sitting and hear the lecturer do the talking. but then, bila saya sampai saja, wow, ada amoi..haha..sori ea miss elaine. malay people like to call chinesse girl "amoi". i hope u dont take it personally. 
  • But the important thing is, she, miss elaine telah mengubah segala-galanya..wow, sounds funny isn't it..hehe..from a lecture style to workshop style. and i love it. miss elaine sangat energetic dan membuatkan saya rasa begitu teruja untuk terus mendengar dan bersemangat melakukan aktiviti yang disuruh. personally i think the workshop style suits me very well and student secara tidak langsung dapat mengaplikasikan apa yang dipelajari sebelum ini. lastly i hope this style of class akan terus diadakan lagi pada minggu-minggu yang  akan datang. thats it for this week. see ya again next time.

Siti Fadhiya Binti Rozman

how do i feel....???  .... my answer:  I FEEL GOOD...............
ok la klas xboring....
mcm masuk bengkel motivasi pun ada......

apa yg sy dpt?  i can recognize of my ability and my weakness

then, where n when to apply of what i learnt....  bermula skrg dan aplikasikan dlm kehidupan seharian


Nur ThuraiyaYumni Alias

belajar mencari kelemahan sendiri adalah perkara yang terbaik,
jangan pernah merasa diri terbaik berbanding orang lain...
kite sendiri ada potensi yang tersendiri n jangan mudah untuk give up dalam melakukan sesuatu..
kelas Apk buat saya rasa "feel more better"...
thanks miss elaine :)



assignment 2


PENYATAAN MASALAH

1) Masalah sakit kepala dan migrain sering menjadi masalah yang mana sering menghantui masyarakat.
- Masalah sebegini, memerlukan suatu khidmat terapi atau urutan bagi meredakan sakit kepala tersebut.  Namun begitu, kekangan masa yang sering dialami oleh masyarakat kini bagi mendapatkan urutan profesional yang memerlukan masa yang agak lama telah membantutkan niat mereka untuk mendapatkan rawatan melalui urutan. Oleh itu, kami telah mencipta suatu produk bagi memudahkan masyarakat menggunakannya walaupun berada di mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa sahaja keranan ianya adalah sangat fleksibel dan mudah digunakan.

2) Masalah stress dan tekanan yang sering dialami pelajar dan pekerja umumnya.
- Tekanan dan stress merupakan salah satu faktor yang menyebabkan masalah pening kepala atau pun sakit kepala. Sakit kepala adalah suatu penyakit yang perlu diubati melalui terapi urutan. Oleh itu, suatu urutan yang fleksibel, mudah digunakan dan mudah dibawa telah dipromosikan bagi memudahkan masyarakat khususnya pelajar dan pekerja mendapatkan rawatan alternatif segera.

3) Pelajar dan pekerja yang sering mnengalami masalah kelesuan dan kdang kala mengakibatkan situasi mengantuk di dalam kelas dan di dalam pejabat semasa sesi pembelajaran dan sewaktu bekerja di pejabat.
- Masalah mengantuk juga boleh diatasi melalui urutan pada bahagian-bahagian tertentu bagi melancarkan peredaran darah dan oksigen dalam badan mereka agar masalah mengantuk dapat diatasi dengan segera.


SIFAT PERNIAGAAN ( BUSINESS NATURE )



Misi 

Pengurut kepala yang ingin diperkenalkan oleh syarikat kami merupakan sejenis pengurut kepala yang mampu menyegarkan mata dan melegakan kesakitan. Ia berbentuk seperti jejari dan mudah dibawa ke mana-mana disebabkan bentuknya yang kecil. Pengurut kepala ini turut membantu dalam peredaran darah yang lebih baik untuk kepala dan kulit kepala anda sekali gus memudahkan pertumbuhan rambut.



Objektif Jangka Pendek

Membantu masyarakat mendapatkan rawatan urutan alternatif segera walau di mana merke berada dan pada bila-bila masa sahaja.



Objektif Jangka Panjang

Agar syarikat kami Dapat menjadi pengeluar dan pengedar produk yang dapat membantu meringankan beban dan menyelesaikan masalah masyarakat dengan cara yang lebih efisyen dan mudah.



Struktur undang-undang

Pihak syarikat akan bekerjasama dengan kementerian kesihatan dan perdagangan Malaysia bagi mendapatkan kebenaran daripada mereka bagi meluluskan penggunaan produk pengurut kepala yang kami komersialkan ini agar ianya diisytiharkan selamat untuk digunakan oleh masyarakat daripada pelbagai golongan dan usia.



SASARAN PELANGGAN



Produk yang akan dipasarkan ini secara umumnya akan disasarkan kepada semua lapisan masyarakat di peringkat domestik dan global. Namun begitu, bagi mencapai sasaran yang di inginkan itu, syarikat telah mengenal pasti beberapa golongan utama ( possible target ) dan telah merangka beberapa pelan peringkat penjualan. Pada peringkat awal penjualan produk ini, syarikat akan mensasarkan terlebih dahulu kepada golongon mahasiswa. Hal ini kerana, para mahasiswa dirasakan mampu menggunakan produk ini dengan betul dan berkesan  dan mereka juga adalah golongan yang memerlukan bantuan terapi urutan ini bagi mengatasi masalah sakit kepala dan mengantuk mereka agar mereka lebih mudah untuk memberi perhatian kepada pembelajaran mereka.  Seterusnya, jika mendapat maklum balas yang memberangsangkan, produk ini akan dikembangkan pula kepada golongan para pekerja pejabat ( office workers ). setelah itu, syarikat akan meneliti terlebih dahulu sejauh mana keberkesanan produk tersebut dan sekiranya produk kami mendapat sambutan menggalakkan dan terbukti berkesan bagi mengatasi masalah yang dihadapi pengguna, barulah syarikat akan mensasarkan kepada semua golongan masyarakat di dalam negara dan luar negara.



kesimpulannya :


TARGET UNTUK KIT PENGURUT KEPALA


1) Pelajar.

Mengantuk amat sinonim dengan pelajar. Tidur di dalam kelas akan menyebabkan pelajar tersebut gagal untuk memberikan konsentrasi yang baik. Oleh itu, produk ini sedikit sebanyak dapat membantu para pelajar supaya tidak kelihatan lesu dan mengantuk dalam kelas. 
2) Guru / Pensyarah.
Rehat yang tidak cukup disebabkan bebanan dan tekanan di rumah dan sekolah/universiti mengakibatkan golongan pendidik juga mengalami masalah mengantuk. Dengan produk head massager ini dapat menyegarkan dan mengaktifkan semula para guru/pensyarah untk menjalankan tugasan pembelajaran dan pengajaran dengan semangat. 
3) Pekerja pejabat.
Pekerja pejabat juga tidak ketinggalan mengalami masalah yang sama. Mereka bekerja di dalam pejabat seharian dan tidak menggunakan tenaga mereka sepenuhnya menyebabkan mereka seringkali mengantuk. Produk ini sesuai untuk golongan yang bekerja di pejabat.



BUKTI ( BORANG SOAL SELIDIK )



Umur         :

Status        :
Jantina       :


1) Adakah anda sering mengalami masalah tekanan, stress, pening kepala, dan mengantuk ?

    Ya  (    )    Tidak  (    )


2) Adakah anda pernah mendapatkan sebarang terapi urutan tradisional atau urutan moden bagi mengatasi masalah kesihatan anda, contohnya masalah tekanan, stress, pening kepala dan mengantuk ?

   Ya  (    )    Tidak  (    )


3) Pada pandangan anda, terapi urutan hanya boleh dilakukan oleh orang-orang yang pakar dalam urutan sahaja.

 Ya  (    )    Tidak  (    )


4) Bagi mendapatkan sebarang rawatan atau terapi urutan, adakah anda mempunyai kekangan masa atau keadaan  tertentu yang mengakibatkan anda tidak mendapatkan rawatan tersebut ?

   Ya  (    )    Tidak  (    )

* Jika Ya, nyatakan : ______________________________________________________________


5) Pada pendapat anda, kos sesuatu terapi urutan adalah tidak penting, kerana apa yang lebih penting adalah keberkesanan terapi urutan tersebut bagi mengatasi masalah kesihatan anda. 

   Ya  (    )    Tidak  (    )


6) Produk seperti mesin urutan elektronik yang berada di pasaran pada masa kini sangat membantu anda bagi mendapatkan urutan dirumah dan ia dapat mengatasi masalah kesihatan anda walaupun mesin urutan tersebut agak mahal dan hanya boleh digunakan semasa berada di rumah sahaja ? 

   Ya  (    )    Tidak  (    )


7) Adakah anda memerlukan suatu produk yang mana anda boleh menggunakannya dengan selamat walau dimana sahaja anda berada dan pada bila-bila masa ?

   Ya  (    )    Tidak  (    )


8) Pada pendapat anda, kit  Pengurut Kepala yang mudah dibawa, fleksibel, dan mudah digunakan adalah perlu dicipta dan dikomersialkan bagi membantu orang ramai mengatasi masalah tekanan, stress, dan sakit kepala mereka.

   Ya  (    )    Tidak  (    )


9) Dengan adanya kit Pengurut Kepala, maka anda merasakan tiada kekangan bagi anda mendapatkan urutan dan terapi bagi mengatasi masalah tekanan, stress, dan sakit kepala yang sering dialami oleh kebanyakkan masyarakat pada masa kini.

   Ya  (    )    Tidak  (    )


10) Pada pandangan anda, adakah rasional jika penciptaan produk seperti kit Pengurut Kepala ini dikomersialkan pada masa kini?

   Ya  (    )    Tidak  (    )



* Terima kasih atas kesudian anda meluangkan masa membantu kami menjalankan kaji selidik ini.





Kami telah mengedarkan borang soal selidik ini kepada pelajar dan pekerja sekitar Universiti Malaya seramai 20 orang. Sebelum borang tersebut di isi, kami menerangkan kepada responden mengenai perancangan produk ciptaan kumpulan kami iaitu " Kit Pengurut Kepala ".




Wednesday 17 October 2012

assignment 1

First assignment.....

PENGENALAN
- SyArikat KARANGKRAF merupakan sebuah syarikat penerbitan dan merupakan salah satu daripada media massa Malaysia yang popular. Hampir setiap tahun syarikat ini mencatatkan keuntungan yang berlipat kali ganda sesuai dengan penerbitan-penerbitan bahan yang berinformasi sesuai dengan trend semasa pada masa kini....

 Disini mari kita sama-sama meninjau serba sedikit mengenai Syarikat KARANGKRAF.......check it out.....


Dato' Dr. Hussamuddin Bin Hj. Yaacub founded Kumpulan Karangkraf Sdn. Bhd (KKSB) in 1978. The business started in a humble little shop lot publishing Mingguan Kanak-Kanak and today Kumpulan Karangkraf is Malaysia's largest national language magazine publisher with 29 titles under its belt.

In 1990 the group ventured into commercial printing by setting up Ultimate Print Sdn Bhd and Dasar Cetak Sdn Bhd to ensure the business diversity of the group. Through constant reinvestments in the printing technology to meet the ever changing demands of today customers, Ultimate Print is now the largest commercial printer in Malaysia. At about the same time Karangkraf started publishing books under its Alaf 21 and Karya Bestari imprints. Covering a wide variety of genres, the book business also started to grow steadily and today Alaf 21 is the number one publisher for romantic novels.
A giant step was taken in 2006 by publishing the group's very own daily newspaper Sinar Harian. This is because the Dato' Hussamuddin realized that there is a need for a more local as well as transparent news reporting in Malaysia. This bold step proved to be a winning formula because upon its launch in the east coast, Sinar Harian became No.1 choice among the locals because unlike other national language dailies, Sinar Harian is the only 100% regional (State) newspaper in the Peninsula.
With each passing year Kumpulan Karangkraf continues to further expand its business operations in terms of size as well as volume, thus an important step was undertaken in 2010 to consolidate the overall business to ensure a clearly defined future for the group. This involves the incorporation of Kumpulan Media Karangkraf as the parent company to replace Kumpulan Karangkraf overseeing and monitoring the 4core business divisions which is:
- Grup Majalah Karangkraf (Magazine Business)
- Grup Buku Karangkraf (Book Division)
- Grup Sinar Karangkraf (Newspaper Division)
- Grup Percetakan Ultimate (Printing Division)
- Grup Digital Karangkraf (Digital Division)
a) Our Vision is to become :
An esteemed and authoritative media organization that shapes values and build minds for the benefit of all mankind.

b) Our Mission
To ensure all our employees are competent, innovative and motivated.
To produce products and services that are of high quality, delivers on its promises and provides added value.
To optimize the usage of our resources and to apply technology towards our continued market share leadership.
Working together to contribute towards our Corporate Social Responsibility for the good of the community and the protection of our environment.

Every publication is designed to meet the national aspiration of injecting good moral values


c) Values:
Passionate
Innovative
Teamwork
Trustworthy
Sincere
Caring









COMPANY'S  PROBLEMS

1) Bahagian pentadbiran dan penerbitan
- terdapat ketidak cekapan semasa berurusan dengan klien menyebabkan timbul salah faham antara klien dan syarikat..ini menjejaskan imej syarikat...dalam hal-hal yang berkaitan perkongsian atau kerjasama antara klien dan syarikat, sebarang bentuk perjanjian mestilah difailkan dan setiap klien akan diberi penerangan mengenai polisi perjanjian agar sebarang masalah salah faham tidak akan timbul pada masa akan datang...

contoh masalah :

- Masalah perjanjian dalam penerbitan novel antara karangkaraf dan penulis novel terkenal. ikuti kisah di bawah untuk mendapatkan maklumat lanjut....

MYMETRO : KAMI TAK MAKAN PENULIS


KENYATAAN penulis novel Ombak Rindu, Fauziah Ashari menerusi artikel Memang Tak Berbaloi dalam ruangan Interaksi Rabu lalu, mengundang episod kontroversi terbaru filem ini.

Luahannya yang menyifatkan penerbit novel ini, Alaf 21 seakan tidak adil, ternyata kurang disenangi Pengarah Urusan Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Hussamuddin Yaacub.

Beliau bersama Penerbit Eksekutif Alaf 21, Firdaus Hussamuddin, Penasihat Alaf 21, Nordin Mohamed dan peguam Alaf 21, Zuwita Kamaruzaman tampil menjawab dakwaan ini pada sidang media khas yang diadakan di pejabat Kumpulan Media Karangkraf di Shah Alam, semalam untuk memberi penjelasan dan gambaran sebenar apa yang berlaku.

Katanya, perbincangan untuk adaptasi novel kepada filem bermula pertengahan 2009 apabila mereka dihubungi Tarantella Pictures Sdn Bhd untuk meminta kebenaran mengangkatnya ke filem.


“Apabila Ombak Rindu nak dijadikan filem, kami buat keputusan menjual dengan harga yang dirasakan patut. Ini kerana sebelum ini ada penerbit yang ambil novel kami tanpa kebenaran dan ubahsuai jalan cerita. Ini langsung tidak beri hasil kepada kami.


“Kami faham penerbit kena keluarkan kos untuk buat skrip semula novel yang dijadikan filem atau siri TV. Apabila ditawarkan harga RM4,000, kami bersetuju. Daripada tidak dapat apa, ada baiknya kerana sekurang-kurangnya penulis dapat royalti. Sebagai penerbit buku, kami berasakan filem ini meletup, buku ini akan kembali meletup,” katanya.

Hussamuddin mengakui antara novel terbaik terbitan Alaf 21 ialah Ombak Rindu
dan mereka sudah membayar royalti sebanyak RM219,000 kepada Fauziah iaitu sebelum filem ini dihasilkan.

“Kalau Fauziah pernah dapat lebih RM200,000 tanpa filem, bayangkan berapa dia akan dapat sekiranya filem ini meletup. Kami dah ulang cetak Ombak Rindu sebanyak 20,000 keping dan habis dan ulang cetak lagi 20,000.

“Saya jangkakan fenomena ini boleh pergi jauh mungkin kami akan cetak lagi banyak. Kalau jumlah 40,000 kami cetak terjual, dia akan dapat sekurang-kurangnya RM50,000.

“Jadi kami rasa perlu perjelaskan di sini, adalah tidak adil memberi kenyataan yang boleh memberi gambaran kami ‘makan’ penulis. Fauziah tahu kerana dia sudah tandatangan kontrak. Kalau dia tidak baca, itu salahnya sendiri. Dia seorang penulis sepatutnya dia kena jadi seorang pembaca.

“Kami nak jelaskan juga, Fauziah dan juga semua penulis-penulis Alaf 21 sudah menandatangani kontrak untuk memberi kuasa kepada kami menguruskan buku, penerbitan dan kami berhak secara mutlak menerbitkan karya ini dalam penerbitan lain seperti pementasan filem, video, 3G dan apa juga bentuk mengikut perkembangan teknologi elektronik.

“Kami juga diberi kuasa untuk mengurus dan buat keputusan. Sebelum kewujudan Alaf 21, novel-novel di Malaysia hanya dijual sekitar 3,000 hingga 5,000 naskah sahaja dan adakalanya lima tahun pun tidak habis. Tapi sejak kemunculan Alaf 21, bayangkan novel boleh dijual sehingga ratusan ribu hingga kami bayar royalti dengan jumlah ratusan ringgit kepada Fauziah.

“Biasanya novel hanya meletup sekejap sebelum menurun jualannya. Apabila kami lihat stok dalam gudang tidak laris dan kami didatangi untuk dijadikan filem, kami buat keputusan untuk menjual dengan harga yang kami rasa patut. Kita tahu graf jualan filem di Malaysia pun tidak bagus sangat sebelum ini.

“Bila novel ini dijadikan filem dan ia meletup di pasaran, novelnya juga kembali meletup,” katanya.

Menjawab pertanyaan mengapa tidak meminta lebih dari produser filem, Hussamuddin berkata, dia menyedari kesukaran kos yang perlu dikeluarkan dan tidak mahu membebankan mereka.

Baginya, ini adalah situasi menang-menang kerana walaupun Fauziah tidak dapat banyak dari filem, dia boleh mendapatkan hasil menerusi royalti. Bahkan Fauziah perlu berterima kasih kepada Alaf 21.

“Sebagai penerbit, kami sentiasa terbuka menerima pandangan dan menjaga kepentingan semua pihak. Saya mahu menutup isu ini.

“Saya juga tidak berhasrat mengambil tindakan terhadap Fauziah dan sudi menjalinkan kerjasama selanjutnya,” katanya.



Sunday 14 October 2012

INFINITY MAGAZINE

HELLO!!! we r new here!!!!
we r from miss elaine group.....
Our Board of Director in our company??????
wait a minute....i'll introduce to u ols soon.....

GROUP 12 ( ACADEMY OF ISLAMIC STUDIES) Hall 2......

Director ; Saddam Khairat
Assistant Director : Ruhaina
Board of Shares Holders ;
- Siti Aisyah
- Thuraiya Yumni
- Rosyzilla Izwa
- Fadhillah
- Fadya