JellyPages.com

Thursday 1 November 2012

reflection 2


AKTIVITI DEBAT ANTARA SHARE HOLDERS DAN PIHAK-PIHAK YANG TERLIBAT DENGAN PERNIAGAAN

nur thuraiya yumni alias_

excited berada dalam kelas apk...
Berdasarkan apa yang dipelajari, saya mendapati bahawa dalam kehidupan kita akan sentiasa berlaku masalah, sama ada dalam pekerjaan, pelajaran dan sebagainya. Oleh itu, setiap masalah yang timbul perlu diselesaikan dengan cara yang efektif. Bukannya dengan menyalahkan pihak yang lain.
Tuntasnya, dalam kehidupan kita, sama ada sebagai pelajar mahupun pekerja, inisiatif yang terbaik perlu diambil untuk menyelesaikan sesuatu masalah yang timbul. Rememeber, don't blame others!!!



SITI FADHIYA BT ROZMAN

apa yang saya belajar?
saya dapat mengetahui betapa perlunya pengurusan yang sistematik dalam satu2 organisasi bg melahirkan satu produk/perkhidmatan yang berkualiti. harus berani hadapi sebarang perubahan, cabaran, kritikan, tohmahan, serta bijak menangani masalah serta berani ambil risiko...

saya rasa?
memberi ilmu kepada saya apa yang perlu ada dalam diri usahawan untuk menjadi usahawan yang berjaya.
keyakinan diri adalah perkara yang amat penting.

bagaimana nak aplikasikannya?
bermula dengan merancang sesuatu benda yang hendak dilakukan dalam kehidupan...jika ditakdirkan sy menjadi usahawan, perancangan adalah perkara utama.

Ruhaina Binti Majid

Aktiviti hari ini sgt seronok kerana disini kita boleh melihat dimana tanggungjawab setiap individu dlm menjalankan tugas...segelintir individu hanya mencari kelemahan dan kesalahan individu yang lain tanpa melihat kesalahan dan kecuaian dirinya semasa menjalankan tugas. Menyalahkan org lain hanya membazir waktu dan adalah lebih baik jika kita duduk semeja dan berbincang bagi mengatasi masalah yang berlaku...



Siti Aisyah Binti Samudin


how do i feel?- saya merasakan bahawa setiap bidang pekerjaan adalah berkaitan dengan keusahawanan. Yang membezakan adalah diri kita sendiri; sama ada untuk sentiasa menerima arahan atau memberi arahan.

what have i learnt- apabila berlaku suatu permasalahan perkara utama yang perlu dilakukan ialah berlapang dada dan kesediaan untuk duduk semeja dan berbincang. Bukan menuding jari mencari kesalahan orang lain.
when and where i want to apply- saya perlu mengaplikasikan teknik-teknik bertolak ansur, berdiplomasi dan mengakui kesalahan jika benar-benar bersalah bermula pada saat ini. Kerana teknik-teknik ini merupakan suatu kemahiran yang perlu diasuh dari sekarang, bahkan ia tidak akan dengan mudahnya muncul apabila kita bekerja kelak. Oleh sebab itu, segala kemahiran tambahan ini perlu dipupuk sekarang.

Siti Fadhillah binti Gahazali


Sronoknya hari ini sebab dapat melihat aktiviti yang sangat aktif dlm klgn pljr....aktiviti ini memberi kesedaran kepada saya agar sentiasa mencari penyelesaian kepada masalah yang ada dan bukan menuding jari kepada sesiapa untuk menyalahkan orang tersebut terhadap apa yang telah berlaku.....Kerjasama dalam sebuah organisasi adalah penting.....


Rosyazilla Izwa binti Mohd Safuan


Hari ini saya memegang watak sebagai pekerja dimana pihak atasan sering menyalahkan pekerja atas apa yang telah berlaku. Ini memberikan saya satu pengalaman sebelum saya memulakan alam pekerjaan sy pada masa akan datang jika terdapat perkara sebegini terjadi, maka jalan penyelesaian terbaik ialah berbincang.....


Saddam kHairat bin Sahiran


Pada hari ini saya menjadi pengeluar modal dan memegang watak tersebut sesuai dengan panggilannya...sebarang masalah yang terjadi, pengeluar modal hanya akan menyalahkan org lain krn mereka kebanyakkannya tidak mengurus perniagaan tetapi hanya mengeluarkan modal dan memastikn bhw mereka akan untung pada kemudian hari...sikap seperti ini adalah tidak baik kerana kita mestilah bekerjasama....






No comments:

Post a Comment